Di Azle Reno, kami pakar dalam reka bentuk dan pemasangan kabinet dapur custom yang menggabungkan gaya moden, storan pintar dan susun atur praktikal — direka khas ikut bajet dan gaya hidup anda.

Kenapa Pilih Azle Reno?

Harga Terus Dari Kilang
Kabinet dibina di kilang kami sendiri — tiada orang tengah, kawalan kualiti lebih baik dan harga lebih jimat.

Rekaan Moden atau Ikut Citarasa Anda
Pilih dari gaya Muji minimalis, kontemporari moden, kayu klasik, atau rekaan khas ikut kehendak anda.

Disesuaikan Dengan Dapur Anda
Rekaan berdasarkan saiz sebenar dapur, tabiat memasak dan gaya hidup keluarga anda.

Pasukan Berpengalaman
Pasukan pemasangan berpengalaman serta syarikat yang berdaftar dengan CIDB. Terbukti dengan rekod projek yang berjaya seluruh Lembah Klang.

Proses Kami

  1. Sesi Konsultasi & Lawatan Tapak (caj minima)
  2. Rekaan 2D & 3D Custom
  3. Sebutharga Berdasarkan Rekaan & Material
  4. Pembuatan Kabinet
  5. Pemasangan & Kemas Akhir

Panduan Memilih Gaya Kabinet Dapur

Setiap dapur perlukan gabungan fungsi dan gaya. Kami tawarkan pelbagai jenis rekaan kabinet untuk padankan dengan gaya rumah anda.

  • Kabinet Gaya Muji
    Garisan ringkas, tona kayu lembut dan pemegang tersembunyi — sesuai untuk rumah bergaya minimalis.
  • Gaya Moden Kontemporari
    Permukaan kilat, pintu aluminium atau laminate gloss, dan elemen warna berkontras.
  • Kabinet Putih Klasik
    Tampak kemas dan elegan. Selalunya dipadankan dengan backsplash marmar atau pintu jenis shaker.

Setiap kabinet dibina ikut keperluan sebenar dapur anda. Sama ada dapur kecil atau ruang terbuka, kami bantu maksimakan susun atur dan pilihan material anda.

Pelbagai pilihan kemasan disediakan — matte, kilat, bertekstur — ikut bajet dan kegunaan harian.

Hubungi kami untuk cadangan layout & rekaan percuma dari konsultan dalaman kami!

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga kabinet dapur di Selangor?
Harga bergantung pada saiz dapur, material dan jenis rekaan. Di Azle Reno, harga bermula dari RM10,000 hingga RM15,000+ untuk gaya premium seperti Muji dan moden. Termasuk pemasangan dan pembuatan di kilang kami sendiri.

Material apa yang digunakan untuk kabinet dapur?
Kami guna melamine, laminate, dan pintu aluminium (Honeycomb). Topping boleh pilih solid wood, quartz, atau porcelain ikut bajet dan gaya anda.

Boleh request kabinet gaya Muji?
Sudah tentu. Gaya Muji antara permintaan tertinggi, khasnya di kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kawasan Servis Kami

Selangor: Petaling Jaya, Shah Alam, Subang, Bangi, Kajang, Klang
Kuala Lumpur: Ampang, Setapak, Cheras, Kepong
Negeri Sembilan: Seremban, Nilai, Senawang

Kami sedia datang ke rumah anda, ukur tapak dan sediakan lakaran 2D & 3D secara percuma (tanpa render).

Apa Yang Bezakan Azle Reno?

Berbeza dengan syarikat renovasi lain, kami bina sendiri semua kabinet di kilang kami. Ini bermakna:

  • Kawalan kualiti lebih ketat
  • Masa siap lebih cepat
  • Harga lebih jimat

Syarikat kami juga diperakui CIDB dan telah siapkan lebih dari 100+ projek kabinet dapur di seluruh Lembah Klang.

Galeri Projek

kabinet dapur Selangor
Kabinet Dapur – Lenggeng, Negeri Sembilan
kabinet dapur Selangor
Kabinet Dapur – Rawang, Selangor.
kabinet dapur Selangor
Kabinet Dapur – Rawang, Selangor.
kabinet dapur Selangor
Kabinet Dapur – Setia Alam, Selangor.
kabinet dapur Selangor
Kabinet Dapur – Kuala Lumpur.

Kata Pelanggan Kami

“Suka sangat kabinet gaya Muji saya! Pasukan pantas dan profesional.”
– Aini, Shah Alam

“Dari ukur sampai pasang, semua berjalan lancar.”
– En. Fadzli, Seremban


Sedia Untuk Naik Taraf Dapur Anda?

Sama ada perubahan kecil atau makeover penuh, Azle Reno sedia bantu. Hubungi kami sekarang dan realisasikan dapur idaman anda.

Dapatkan sebut harga dari Khidmat Pelanggan kami, Tasha!

Nak buat wardrobe? Almari Pakaian Azle Reno.